Isi Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan ………………………………………………………………………...….1
2.0 Cabaran Dalam Penggunaan ICT Dalam Sistem Pendidikan……………...……3
2.1.1 Kemahiran
Guru Dalam Penggunaan ICT..................................3
2.1.2 Suntikan
Modal Daripada Pihak KerajaaN..................................4
2.1.3 Jurang Teknologi
Antara Bandar Dan Luar Bandar...................6
2.1.4 Kelengkapan
ICT Yang Lapuk....................................................7
2.1.5 Persepsi Guru
Terhadap Bahan ICT...........................................8
2.1.6 Tidak
Dapat Menerima Akan Perubahan Terhadap Gaya ........8
2.1.7 Masa Dan
Beban Tugas Guru.....................................................9
2.1.8 2.1..8Penyalahgunaan
Keperluan ICT Di Sekolah....................10
3.0 Kesimpulan 10
Sumber Rujukan
1.0 PENGENALAN
Dalam era
globalisasi ini pendidikan merupakan salah satu gadaian untuk seseorang
individu di dalam negara ini untuk melayakkan diri untuk ke peringkat
pendidikan yang lebih tinggi. Kelayakkan ini dilihat melalui pencapaian yang di
perolehi semasa pembelajaran dilakukan. Namun begitu kelayakkan ini bukan hanya
diukur melalui pencapaian malah dilihat melalui kecekapan ICT seseorang
individu tersebut. Individu yang mempunyai kemahiran dalam penggunaan ICT
mestilah lebih berkelayakkan untuk memperolehi penghargaan semasa aktiviti
pembelajaran dilakukan.
Kepesatan pembangunan di
Malaysia dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan pendidikan di peringkat Asia
bukan lagi salah satu angan-angan kosong. Kepesatan globalisasi dan
perkembangan teknologi telah memberi tekanan dalam sistem pendidikan yang
mendesak agar beberapa perubahan dilakukan dalam sistem pendidikan tersebut. Perubahan
dalam sistem pendidikan dimana sistem pendidikan di negara ini lebih
menitikberatkan dalam penggunaan ICT dalam aktiviti pembelajaran adalah salah
satu kelebihan dimana dapat meningkatkan semangat para pelajar untuk meneruskan
pembelajaran dalam suasana yang menarik.
Keadaan teknologi yang
begitu canggih pada masa sekarang dapat menyediakan para pelajar terhadap
cabaran dunia luar dan menyediakan mereka untuk keluar dan membawa diri dalam
persekitaran pekerjaan. Penggunaan ICT ini juga dapat meningkatkan kreativiti
dan inovasi para pelajar untuk terus meningkatkan kemahiran diri sekaligus
dapat mendapat ilmu yang memberi manfaat kepada mereka. Keadaan ini sekaligus
menwujudkan persekitaran yang saling bersaing antara mereka demi mencapai tahap
kemahiran ICT yang terbaik daripada kalangan yang terbaik. Perkara ini juga
adalah salah satu kelebihan kepada para pelajar khasnya para pelajar Sekolah Menengah
untuk menyiapkan diri ke dalam dunia pendidikan yang lebih tinggi sama ada di Institusi
Pengajian Tinggi Awan (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Penggunaan ICT ini dapat
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dimana membolehkan
proses penyampaian maklumat daripada guru dapat dipermudahkan dan mudah untuk
diterima oleh para pelajar tersebut. Penggunaan alatan seperti komputer dan
perisian ini sebenarnya lebih padat dan mudah untuk memastikan sesuatu maklumat
tersebut diperolehi dan disebar. Keadaan ini mungkin akan menarik minat para
pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran tanpa wujudnya perasaan jemu dalam
kalangan mereka.
Namun begitu, Malaysia
merupakan salah satu negara yang menitikberatkan penggunaan ICT dalam sistem
pendidikan akan tetapi dalam aktiviti perlaksaannya masih dalam peringkat yang
belum memuaskan. Keadaan ini kerana terdapat beberapa cabaran dan kekangan
yang berlaku dalam perlaksaan
pengunaan ICT tersebut dalam sistem pendidikan tersebut.
2.0 CABARAN DALAM PENGGUNAAN ICT DALAM
SISTEM PENDIDIKAN
2.1.1 Kemahiran Guru Dalam Penggunaan
ICT.
Pada masa kini kesediaan para guru dalam
melaksanakan tugas sebagai seorang pembimbing adalah berat. Hal ini kerana para
guru bukan hanya mengajar secara formal malah pakar dalam penggunaaan ICT.
Namun begitu dalam kesediaan para guru tersebut terdapat juga halangan dimana
para guru ketinggalan daripada arus kemodenan dunia ICT pada masa sekarang.
Perkara ini adalah berbeza dengan apa yang berlaku di negara Barat di mana
guru-guru dinegara tersebut terlatih dan cekap. Menurut Fisher (2003) di negara
Barat peningkatan pengintegrasian ICT dalam bilik darjah amat memberangsangkan
sejak tiga puluh tahun yang lalu. Perkara ini menunjukkan bahawa guru-guru yang
ada di negara Barat adalah jauh lebih berkemahiran daripada negara kita.
Dalam suasana moden yang dilengkapi dengan sistem canggih ini para guru
yang tidak terlatih tidak akan memilih untuk mengajar dengan menggunakan alatan
ICT yang lebih menarik minat para pelajar dalam aktiviti pembelajaran.perkara
ini adalah amat merugikan para pelajar dimana mereka tidak menikmati akan
kemajuan ICT ekoran daripada tahap penguasaan guru terhadap penggunaan ICT
rendah. Hal ini akan menyebabkan kerugian bagi pihak yang menyalurkan bantuan
dan pemberian aset seperti komputer jika tidak diguna pakai secara menyeluruh.
Namun begitu terdapat beberapa langkah yang telah di ambil oleh pihak
kementerian pendidikan dimana para guru telah dihantar untuk kursus ICT dan
penggunaan. Pihak kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada
guru-guru menerusi program khas yang telah dijalankan. Program tersebut
mengandungi taklimat khas cara penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
pelajar oleh tenaga pelajar yang terlatih. Guru-guru yang dipilih ini akan
didedahkan dengan Microsoft Word, Microsoft Excel dan sebagainya. Kursus-kursus seperti ini memakan
belanja yang besar untuk dilaksanakan oleh itu pihak kerajaan menyarankan agar
para guru peka akan penggunaan ICT. Hasil daripada kursus yang telah diadakan
mungkin meningkatkan kemahiran para guru namun dari segi perlaksanaan yang
dilakukan oleh guru tersebut dalam jumlah yang tidak memberangsangkan.
Selain itu sikap sebahagian daripada guru masih didapati kurang
mengintegrasikan ICT dalam pengajaran di sekolah. Semua sekolah perlu
menyalurkan portal bagi membolehkan guru akses kepada portal untuk menyimpan
bahan pengajaran dan maklumat yang berkaitan. Di samping itu, semua bentuk
latihan dalam bidang ICT perlu diperkukuhkan bagi mengatasi masalah mejoriti
guru yang masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional dan kurang
menggunakan kemudahan ICT. Perkara ini menjadi cabaran kepada KPM untuk
menyediakan kemudahan dan kepakaran ICT yang mencukupi di pusat sumber
pendidikan Negeri dan sebagainya.
2.1.2
Suntikan Modal
Daripada Pihak Kerajaan
Dalam memastikan kelengkapan di setiap sekolah yang
terdapat di negara ini memerlukan modal yang besar untuk melengkapkan sesebuah
sekolah yang mempunyai kelengkapan atau alatan ICT dengan sepenuhnya. Perkara
ini berkait rapat dengan bajet yang dikeluarkan oelh pihak kerajaan terhadap
kementerian pendidikan. Modal yang kecil ini menyebabkan terdapat sekolah yang
tercicir akan kelengkapan ICT mereka. Bukan sahaja kos untuk memperolehi alatan
ICT tersebut besar, malah jarak dan darjah ketersampaian juga mempengaruhi dalam
penyediaan alatan tersebut terhadap sekolah-sekolah tertentu.
Perkara ini boleh dilihat dimana sekolah-sekolah yang terdapat di
bandar-bandar utama mempunyai kelengkapan ICT yang mencukupi berbanding sekolah
yang terdapat di luar bandar. Perkara ini memang jelas berlaku di Malaysia
kerana dengan adanya perkhidmatan pengangkutan, perhubungan, komunikasi yang
terdapat di bandar adalah lengkap dan memudahkan untuk menyediakan kelengkapan
ICT tersebut berbanding dengan sekolah yang terdapat di bandar. Hal ini adalah
berkaitan dengan kos-kos seperti pengangkutan yang lebih murah jika
dibandingkan dengan kos-kos pengangkutan untuk memenuhi keperluan ICT disekolah
yang terdapat di luar bandar.
Proses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran dalam
membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya
menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video,
grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan
pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan
bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan
bahan pengajaran dan pembelajaran hanya tinggal sebagai kemahuan saja kerana
guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru
adalah pada tahap yang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan.
Selain daripada itu, guru-guru kerap menggunakan hanya satu program sahaja
iaitu pemprosesan perkataan. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data,
persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam
pengajaran.
2.1.3
Jurang Teknologi Antara Bandar Dan Luar Bandar
Dalam era globalisasi ini peningkatan tingkat
teknologi yang berlaku di oersekitaran adalah semakin tinggi. Hal ini kerana
dengan adanya kemudahan internet memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi
dengan dunia luar. Potensi ICT sebagai alat yang boleh membantu dalam
pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin penting dan meningkat secara
mendadak dalam sistem pendidikan di negara kita. Hal ini dapat dibuktikan
dengan para pelajar pada masa kini lebih berminat dalam menggunakan ICT dimana
mereka memilih untuk melayari internet dan mengakses maklumat yang terdapat dilaman
internet. Perkara ini di perhebatkan lagi dengan kewujudan media-media sosial
yang terdapat di internet seperti Facebook, Myspace, Friendster dan sebagainya.
Hal ini merupakan salah satu trend dimana sebahagian daripada pelajar pada masa
sekarang mempunyai media sosial tersendiri (Liaw Huang & Chen 2007).
Namun begitu dalam kepesatan teknologi ini terdapat juga sebahagian yang
tercicir daripada jaringan berkenaan. Jaringan internet yang merupakan salah
satu kemudahan asas kepada sebahagian masyarakat tidak dapat diperolehi oleh
sebahgian masyarakat yang lain. Perkara ini adalah jelas berlaku di negara ini
dimana masyarakat luar bandar kebanyakkan tercicir dalam arus pemodenan ini.
Perkara ini berlaku kerana faktor persekitaran yang terdapat di kawasan luar
bandar itu sendiri. Persekitaran yang tidak lengkap dengan kemudahan jalan
raya, kemudahan elektrik, kemudahan air yang terdapat di luar bandar adalah
salah satu cabaran dan masalah dalam penyediaan kemudahan ICT tersebut
dikawasan luar bandar. Jarak dan darjah ketersampaian tinggi untuk berhubung ke
kawasan luar bandar ini adalah salah satu punca menyebabkan kawasan tersebut
tercicir daripada pemodenan tersebut. Sebagai contoh dikawasan pedalaman sabah
dan Sarawak dimana kawasan seperti pedalaman tidak mempunyai kelengkapan
komunikasi dan menyukarkan untuk menyediakan kawasan tersebut dengan kemudahan
seperti internet.
Perkara ini menyebabkan penduduk yang berada diluar bandar sukar untuk
menerima kelengkapan ICT tersebut. Ketiadaan kemahiran asas tersebut
menyukarkan mereka untuk menyesuaikan diri dan berkemungkinan menghilangkan
minat mereka untuk mengetahui perkara yang berkaitan dengan ICT berkenaan.
Penggunaan ICT ini dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan
boleh meluaskan perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Perkara ini berlaku
kerana pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam
kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang
dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada
pelajar. Namun perkara ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak
mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan ICT.
Dalam memastikan jurang berkenaan tidak terlalu besar pihak kerajaan
telah menyalurkan bantuan dengan menyediakan komputer untuk kegunaan
sekolah-sekolah di Malaysia yang bertujuan untuk mendidik anak-anak muda dengan
kelengkapan ICT. Hal ini dapat merapatkan jurang pelajar bandar dan luar
bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal sekolah juga melibatkan
kos dan komitmen yang tinggi
2.1.4
Kelengkapan ICT Yang Lapuk
Malaysia
yang merupakan negara yang status sedang membangun mempunyai tingkat ekonomi
yang tersendiri setanding dengan negara-negara membangun yang lain. Dalam
memastikan kemudahan ICT yang cukup dan terkini dengan rangkaian internet yang
boleh didapati oleh semua peringkat organisasi pendidikan bagi memperluaskan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan pendidikan.
Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menyediakan kemudahan peralata yang
terkini dan mencukupi kepada semua peringkat KPM ke arah mengukuhkan ICT dalam
pendidikan.
Keadaan peralatan ICT yang
usang juga menjadi masalah kepada peningkatan kemahiran pelajar dalam bidang
ICT. Hal ini berlaku kerana dengan ketiadaan modal dan tiada semak semula yang
dilakukan oleh pihak sekolah yang menyebabkan beberapa sekolah tercicir daripada bekalan peralatan ICT yang baru. Keadaan ini menyebabkan
minat pelajar terhadap penggunaan ICT semakin berkurang. Hal ini menunjukkan
betapa pentingnya peralatan ICT tersebut seiring dengan peredaran masa. Sebagai
contoh penggunaan mesin taip haruslah berubah kepada sistem berkomputer di mana
sistem penyimpanan yang terdapat pada komputer adalah terbaik.
2.1.5
Persepsi Guru Terhadap Bahan ICT
Di Malaysia mempunyai ramai tenaga pengajar di mana
setiap pengajar mempunyai kekuatan yang tersendiri. Namun begitu tidak semua
para guru yang bersedia untuk membuat perubahan kerana yakin bahawa gaya
pendidikan tradisional lebih memberi kesan dan impak yang memuaskan berbanding
dengan penggunaan ICTdalam pendidikan. Hal ini disebabkan oleh sistem pelajaran
yang ada di Malaysia hanya mementingkan keputusan peperiksaan sahaja. Perkara
sebegini adalah salah satu perkara yang tidak relevan yang berlaku pada zaman
moden ini. Dalam membentuk modal insane yang berdaya saing kemahiran-kemahiran
seperti penggunaan ICT haruslah dipertingkatkan . para guru yang masih belum
bersedia untuk menerima cabaran tersebut menyebabkan perlaksanaan ICT di
sekolah-sekolah masih berkurang.
2.1.6
Tidak Dapat Menerima Akan Perubahan Terhadap Gaya Perguruan.
Pada zaman era globalisasi ini atas dasar rela atau
tidak para guru hendaklah menerima akan perubahan yang berlaku dalam sistem
pembelajaran yang ada. Hal ini kerana dengan adanya kemudahan berbentuk
elektronik ini bukan memberi kesan yang negatif terhadap seseorang individu.
Hal ini merupakan salah satu cabaran yang menyebabkan penggunaan ICT di
sekolah-sekolah berkurang kerana takut akan perubahan yang berlaku. hal ini
adalah berkaitan dengan jati diri seorang guru tersebut. Mental dan fizikal
hendaklah selari dengan kemajuan yang dikecapi dan untuk menggalakkan
penggunaan ICT ini ialah para guru hendaklah bersedia untuk menghadapi
perubahan sekeliling
2.1.7 Masa Dan Beban Tugas Guru
Mengintegrasikan
komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru dalam
membuat persediaan. Persediaan tersebut diperlukan termasuk dari aspek
menyediakan bahan mengajar serta untuk persediaan bahan pada komputer sebelum
kelas dimulakan. Dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru
mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 30 waktu seminggu, adalah sukar bagi
guru untuk membuat persediaan mengajar di sekolah dan juga untuk setup bahan
mengajar di makmal komputer.
Guru-guru juga mempunyai
beban tugas lain selain daripada mengajar yang akan mengambil masa semasa waktu
persekolahan seperti guru jadual waktu, setiausaha peperiksaan, ketua-ketua
panitia, selepas waktu persekolahan seperti sukan, aktiviti persatuan,
mesyuarat-mesyuarat daerah, PIBG, kursus-kursus jangka panjang dan pendek.
Situasi ini akan menyukarkan guru untuk melakukan persediaan yang mantap
terutama jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri, sebagai contoh jika guru
perlu mendapatkan bahan dari internet dan untuk memilih bahan yang sesuai
kadang-kadang mengambil masa berjam-jam. Penghasilan bahan pengajaran
pembelajaran berasaskan kaedah bestari memerlukan masa yang lama kerana
penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya bahan tersebut berupaya membolehkan
pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya membuat penerokaan
sendiri pada kadar kendiri dan mampu memajukan diri sendiri (self access, self
pace and self excel).
2.1.8
Penyalahgunaan Keperluan
ICT Di Sekolah.
Cabaran pada masa kini yang berlaku dalam
penggunaan ICT ini ialah penyalahan keperlua n ICT di sekolah. Hal ini adalah
berkaitan dengan terdapat daripada pengguna alatan ICT ini tidak menggunakan
keperluan tersebut secara yang telah ditetapkan. Sebagai contoh ialah menggunakan
keperluan tersebut untuk kepentingan peribadi. Penggunaan keperluan ICT ini
secara tidak langsung boleh menjejaskan fokus mereka dalam mencapai objektif
asal dalam penyediaan keperluan ICT ini di sekolah. Penyalahgunaan ini adalah
seperti melayari laman web yang tiada berkaitan dengan pelajaran yang
menyebabkan matlamat tersebut tidak tercapai.
Dalam pemasalahan ini adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah dalam
menangani masalah tersebut. Pemantauan haruslah dilakukan agar perkara
sedemikian tidak berlaku. Namun begitu dalam melakukan pemantauan ini akan
memberi kenaikan tersendiri di mana dengan adanya pemantauan ini sekaligus
dapat meningkatkan kualiti dan menambah baik suasana pendidikan yang
berlandaskan ICT pada masa kini.
3.0 PENUTUP
Integrasi ICT dalam P engajaran dan pembelajaran
merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang
bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak.
Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT
untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu
penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan
sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan
dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adalah usaha
daripada semua pihak, diharapkan cabaran dan kekangan penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat ditangani.
Hal ini adalah menjadi tanggungjawab semua pihak demi memastikan
objektif utama dalam penyediaan keperluan ICT ini boleh dicapai. Namun begitu
dalam usaha untuk ke arah berikut bukanlah mudah dan bukanlah mustahil. Perkara ini memerlukan pengorbanan yang
besar sama ada dari pihak sekolah ataupun sokongan daripada ibu bapa.
RUJUKAN
Fisher R. (2003) ‘Unlocking Creativity’ Teaching Thinking, Autumn 2003 pp46-50.
Liaw, S.S., Huang, H.M. & Chen, G.D. (2007). Surveying instructor and learner attitudes toward e-learning. Journal
of Computer and Education 49: 1066-1080.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). MySchool Net. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling (2005). Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru sekolah menengah teknik dan vokasional Universiti Teknologi Mara
Rusmini Ku Ahmad (2003). Integrasi
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran :
Jurnal pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Genting Highlands. Institut
Aminuddin Baki.
No comments:
Post a Comment