Wednesday, 13 November 2013

SIMULASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DI SEKOLAH


Pelbagai cara dan kaedah yang di guna dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Mok (1992), kaedah pengajaran merupakan satu cara mendekati objektif pengajaran
dengan langkah penyampaian yang tersusun. Menurut Sharifah ( 1986 ), kaedah pengajaran pula
merupakan peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.
Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran. Antara kaedah
pengajaran yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

i) Kaedah tunjuk cara

ii) Kaedah amali
iii) Kaedah projek
iv) Kaedah simulasi
v) Kaedah syarahan
vi) Kaedah latih tubi
vii) Kaedah perbincangan

i) Kaedah Simulasi
Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya:
  • memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan.
  • memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi.
  • mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan.
  • menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkah-langkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut.

Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.
 Kaedah simulasi merupakan satu kaedah pengajaran yang sengaja diwujudkan sama dengan
keadaan dan situasi sebenar dengan matlamat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar akan melakukan pembelajaran melalui aktiviti lakonan secara teratur dan dikawal. Kaedah simulasi melibatkan sosiodrama dan juga main peranan. Sosiodrama merupakan salah satu aktiviti lakonan yang menarik serta berdasarkan sesebuah cerita manakala lakonan pula merupakan satu lakonan secara spontan tanpa melibatkan skrip. Lazimnya kaedah pengajaran jenis simulasi ini adalah bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan membina sifat positif pada pelajar.

ii) Kaedah Tunjuk Cara

 Kaedah tunjuk cara juga dikenali sebagai kaedah demonstrasi. Dalam mata pelajaran
Sains, kaedah pengajaran guru adalah penting. Sewaktu pengajaran, kemahiran guru
mendemonstrasikan langkah-langkah dan juga cara-cara melakukan kerja amali yang melibatkan
penggunaan alatan tangan di hadapan pelajar secara langsung memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan meneliti. Ini juga disokong oleh Ramlah (1992) yang menyatakan bahawa kaedah demonstrasi telah lama dikenal pasti sebagai teknik yang paling berkesan untuk kemahiran psikomotor.

 Menerusi kaedah pengajaran ini, pelajar-pelajar akan dapat mencontohi tunjuk cara yang
dilakukan oleh guru sewaktu pengajaran dengan lebih tepat. Di samping itu, demonstrasi dari guru juga berupaya untuk membina keyakinan pelajar supaya mereka dapat melaksanakan demonstrasi secara individu dalam kerja amali contohnya penggunaan alatan tangan.

iii) Kaedah Amali

 Kaedah amali juga dikenali sebagai kaedah bengkel. Menurut Zol Azlan (2000), kaedah
amali boleh didefinisikan sebagai seorang, sepasang ataupun sekumpulan kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan kerja amali. Guru yang menggunakan kaedah ini, bertindak sebagai fasilitator, pelajar akan menjalankan kerja-kerja amali manakala guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati dan juga membimbing. Menerusi kaedah pengajaran ini, pelajar berpeluang untukmengendalikan alatan di dalam bengkel sambil membuat tafsiran sendiri. Kaedah amali merupakan kaedah yang paling praktikal apabila digunakan dan dapat
membantu pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran di dalam bengkel.

iv) Kaedah Projek

 Professor William Kilpatrick (1871- 1965) dlm Sharani (2007) telah memperkenalkan kaedah
projek ini. Kaedah projek ini diperkenalkan berlandaskan teori pembelajaran yang menyatakan
bahawa hasil pembelajaran pelajar akan menjadi lebih berkesan jika pelajar sering bersedia untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Melalui kaedah ini, pelajar akan memerhati satu situasi yang sebenar untuk mendapatkan hasil. Di samping itu,kaedah ini boleh meningkatkan penglibat pelajar dan secara langsung mengembangkan kemahiran yang ada pada pelajar yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah lain. Dalam satu pengajaran yang dilaksanakan dengan kaedah projek secara langsung memberi
kelebihan kepada pelajar. Menerusi kaedah projek ini, pengetahuan dan kemahiran projek yang
dipelajari secara langsung dapat digunakan dalam situasi sebenar.


v) Kaedah Syarahan

 Kaedah syarahan juga dikenali sebagai kaeda kuliah. Menurut Atan Long (1980), guru
dianggap sebagai individu yang mengetahui segala-galanya dan pelajar sebagai individu yang tidak mengetahui apa-apa. Ini menunjukkan kepada kita bahawa guru luas pengetahuan manakala pelajar boleh diibaratkan sebagai ‘tin yang kosong’. Lazimnya kaedah syarahan sering digunakan dalam pengajaran institute pengajian tinggi. Melalui kaedah ini, pelajar mendengar pengajaran guru, mencatat nota dan memikir semula isi pengajaran selepas pengajaran. Dari aspek guru pula, guru hanya berperanan sebagai fasilitator sahaja. Dalam kaedah ini, sesi perbincangan tidak dijalankan sewaktu pengajaran.

iv) Kaedah Latih Tubi

 Kaedah ini merupakan satu kaedah pengajaran yang menitikberatkan aktiviti pengulangan
fakta-fakta atau kecekapan yang diperoleh. Tujuan kaedah latih tubi ini digunakan dalam pengajaran adalah untuk mencapai taraf penguasaan pelajar terhadap kemahiran di samping menjamin kekekalannya.

iiv) Kaedah Perbincangan

 Kaedah perbincangan merupakan satu strategi pengajaran yang melibatkan satu aktiviti
perbualan yang melibatkan di antara pelajar dengan guru di dalam sesebuah kelas. Dalam sesi


perbincangan, guru lazimnya menjadi penyelia kepada sesi perbincangan. Pelajar pula memainkan peranan yang aktif dalam sesi perbincangan tersebut.  Terdapat dua jenis bentuk perbincangan iaitu perbincaangan yang dijalankan di keseluruhan kelas dan juga perbincangan antara kumpulan-kumpulan kecil. Dalam perbincangan antara keseluruhan kelas, perbincangan tersebut lazimnya diarahkan oleh guru. Untuk perbincangan kumpulan-kumpulan kecil pula, sesi perbincangan tersebut lazimnya diketuai oleh pelajar di dalam kelas tersebut.

No comments:

Post a Comment