Nama: Hamimah Bt Hj
Rajus
No Matrik: D056214
Subjek: SSI3013
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT
(Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan
untuk pemprosesan data. ICT sesuai diadaptasi untuk pembelajaran di dalam kelas. ICT mempunyai kaitan dengan penggunaan komputer dan perisian
untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Sebenarnya kewujudan rangkaian
teknologi maklumat yang begitu pesat sekarang telah memberi banyak kelebihan
dan menjadikan urusan harian manusia semakin mudah.
Teknologi Maklumat
(Information Technology) adalah
teknologi yang di perlukan untuk memperolehi data atau memproses data serta
maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk
mengubah, menyimpan maklumat adalah lebih tepat. Definisi teknologi maklumat
boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan
penyimpanan maklumat, menggunakan perantaraan teknologi tanpa had dan tiada
batasan. Seperti yang kita ketahui bahawa teknologi disifatkan sebagai satu
bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja
tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, faks, telegram,
PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat
adalah untuk mengumpul maklumat. Iaitu digunakan untuk suntingan dengan
menggunakan teknologi. Contohnya dengan menggunakan komputer ianya boleh merekod
bunyi, imej dan sebagai pengesan pergerakan. Kedua adalah untuk memanipulasikan
maklumat dan proses semula imej. Ketiga digunakan untuk berkomunikasi iaitu
mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
“Teknologi
Maklumat” adalah istilah yang muncul sekitar dekat 1970-an. Namun pada abad ke-20, kepesatan industri elektronik dan sektor perkomputeran menyebabkan bidang
ICT ini berkembang pesat. Pada waktu itu banyak penyelidikan telah dilakukan
bagi membiayai inovasi serta pembaharuan dalam bidang jentera dan
perkomputeran. Komputer komersial yang pertama ialah UNIVAC I yang di cipta
oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat.
Namun pada akhir dekad 1970-an penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh
penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, penggunaan
komputer kian berkembang. Pada waktu itu penggunaan komputer hanya menjurus
kepada penyampaian maklumat, penyimpanan data dan pemprosesan data. Contohnya
bagi pengiklanan, pemberitahuan, untuk memperolehi maklumat, menyampai
maklumat, menyimpan maklumat dan menyebarkan maklumat. Kita lihat pada masa
sekarang ia menjadi satu medium penting untuk masyarakat berkomunikasi,
bersosial dan tidak terhad kepada penggunaan rasmi sahaja. Generasi Y sekarang
menjadikan ICT sebagai satu cara untuk berkominikasi, mengeratkan persahabatan
dan berkongsi maklumat dengan rakan dari seluruh dunia. Laudon (1997)
menyatakan bahawa ICT membantu menguruskan pendidikan dalam membuat keputusan,
menyesuaikan diri dengan perubahan global dan selanjutnya dapat meningkatkan
komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu masyarakat
sekarang mengurus sekolah supaya berfungsi dengan lebih cekap, mudah, berkesan
dan cepat dalam menyampaikan maklumat, kerja seperti pendaftaran, pelbagai
rekod, kawalan inventori, jadual waktu, hal berkaitan dengan peperiksaan. Sebenarnya
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran telah lama dijalankan di
sekolah. Sejak PPSMI diperkenalkan ianya menjadi satu trend untuk menyampaikan
ilmu di mana-mana sekolah kerana perisian pengajaran dan pembelajaran disediakan
bagi memudahkan guru mengajar.
Namun
setiap perancangan yang diwujudkan pasti ada rintangannya. Begitu juga dalam
mengintegrasikan ICT ini dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Malaysia
adalah sebuah Negara yang membangun, oleh itu banyak yang perlu diambil kira
apabila satu-satu dasar perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah. Contohnya
peruntukkan, tenaga pengajar yang mahir dalam teknologi maklumat, persediaan
mental pelajar menerima pembaharuan dan juga penerimaan masyarakat. Pendidikan, institusi sekolah dan profesion
perguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi
membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan
matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang
teknologi maklumat (ICT). Walaupun terdapat kekangan dan cabaran dalam
penggunaan ICT dalam pendidikan, namun demi menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat
maka kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan kemudahan ICT ini perlu
segera dilaksanakan.
Antara faktor kekangan dan
cabaran guru menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:
a)
Kekurangan
masa
Kadang kala seseorang guru memerlukan masa yang
banyak untuk membuat persediaan mengajar dalam bentuk ICT atau perisian
komputer. Guru perlu menyediakan persediaan dalam bentuk perisian komputer ini
di luar waktu kelas.
b)
Faktor
kekurangan bahan sumber
Kekurangan alat kelengkapan ICT. Justeru itu,
kekurangan alat ICT akan menimbulkan masalah kepada guru contohnya alatan yang
tidak canggih dan tidak lengkap. Dan ini akan menyebabkan guru kurang minat
untuk mengajar menggunakan alatan pengajaran yang melibatkan ICT ini.
c)
Kekurangan
panduan
Dalam penggunaan alatan ICT, ada panduan
tertentu cara mengguna alatan tersebut. Oleh kerana ada dikalangan guru yang
tidak ada panduan menggunakan alatan ini menyebabkan mereka tidak berminat
menggunakan alatan ICT ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
d)
Kekurangan
bimbingan dan dorongan
Terdapat guru yang kurang memahami cara
penggunaan alat ICT. Cara mengendali alatan seperti LCD, Komputer Riba dan perisian
pengajaran mempunyai cara tertentu dan kekurangan panduan menggunakan alat ICT ini telah membunuh minat guru dalam
menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran harian mereka.
e)
Tiada
ketetapan Kurikulum yang khusus
Kurikulum yang ada sekarang tidak menetapkan
penggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ada guru yang berminat
menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran namun mereka serba salah
menggunakan ICT kerana takut ia bercanggah dengan kurikulum yang sedia ada.
f)
Faktor
kurang sokongan daripada pihak atasan
Sebenarnya sokongan dari pihak atasan adalah
perlu dalam melaksanakan dasar pengajaran dan pembelajaran ICT ini. Jika pihak
atasan bersikap lepas tangan dan kurang menyokong penggunaan ICT di dalam kelas
ini akan mematikan semangat guru untuk mengajar dalam ICT di sekolah.
Sepatutnya guru perlu digalak menggunakan ICT dalam pengajarandan pembelajaran
supaya guru meningkatkan pengaplikasikan ICT dalam prose’s pengajarandan pembelajaran
di dalam kelas.
g)
Kekurangan
latihan dan bantuan teknikal.
Bukan semua penggunaan ICT adalah lancar dan
senang tanpa masalah yang berkaitan dengan aplikasi ICT, disebabkan itu latihan
dan bantuan teknikal tidak mendapat kedudukan yang tinggi bagi mengurangkan
segala masalah masalah yang dihadapi jika berlakunya kerosakan kepada system
komputer. Latihan kepakaran ICT ini hanya akan diberi kepada guru-guru tertentu
sahaja contohnya guru data atau guru yang mengajar di makmal komputer di
sekolah.
h)
Guru kurang
pengetahuan dan kemahiran bersabit komputer
Guru yang menggunakan pengaplikasikan ICT ini
bukanlah semuanya mempunyai kemahiran
dengan penggunaan komputer, malah guru kadang-kadang bukannya mengambil subjek
yang khusus mengenai kemahiran kompter. Oleh itu kemahiran mereka dalam ICT
adalah terhad dan terbatas.
i)
Kegagalan
menyediakan bilangan komputer yang mencukupi.
Sebenarnya untuk melaksanakan pembelajaran ICT
ia memerlukan bilik khas dan ini memberi kekangan kepada pihak sekolah kerana
kekurangan bilik khas untuk para guru mengajar dengan menggunakan LCD dan
komputer. Biasanya fenomena ini berlaku kepada pihak sekolah di luar bandar
yang mana mereka tiada bilik khas yang mencukupi. Jadi ini akan merumitkan
keadaan guru yang ingin menggunakan kemudahan komputer sebagai proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan percubaan dalam
pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Setelah melihat beberapa faktor yang
menyebabkan aplikasi pembelajaran dan pengajaran ICT di sekolah terbantut, maka
beberapa langkah tertentu perlu diambil supaya negara kita seiring dengan
perkembangan ICT dunia semasa. Seharusnya Malaysia jangan ketinggalan dalam
menerapkan aplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan dan sistem
pendidikan di sekolah. Ini adalah kerana ICT telah diguna secara meluas dalam
aspek ekonomi, sosial, pentadbiran dan semestinya dalam pendidikan. Tidak dapat
tidak warga pendidik perlu
mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar denan perkembangan semasa. Maksud integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan
menambah kemahiran. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan
bahawa manfaat yang diperolehi daripada ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah seperti berikut:
a) guru berupaya meningkatkan kefahaman dan
penguasaan murid terhadap pelajaran.
b) pelajar yang terdiri daripada pelbagai
keupayaan dapat diberikan peluang pembelajaran yang sama rata
c)
menambahkan keyakinan murid.
d)
mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan mencabar
e)
meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar
f)
murid-murid dapat belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum
g) dapat
meningkatkan kemahiran ICT dikalangan murid
Oleh itu kita perlu lihat beberapa langkah yang
mungkin boleh diambil untuk mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran ICT
di sekolah. Penggunaan Teknologi di sekolah hendaklah digabung jalin bersama
pedagogi tertentu. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah
kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran akan membawa kepada kaedah-kaedah baru yang inovatif dalam
pembelajaran dan penilaian. Holmes (1999) memberikan pandangan bahawa integrasi
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan
fleksibel dalam menggunakan teknologi dan kaedah pengajaran seharian.
Mempelajari bagaimana cara menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan
guru menggabungkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun
2001, Kementerian Pendidikan telah mengemukakan tiga dasar penting berkaitan
penggunaan ICT iaitu melestarikan ICT kepada semua pelajar, memberi keutamaan
peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum serta alat pengajaran dan pembelajaran
dan menggunakan ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
sistem pengurusan. Dasar ini menuntukkan sistem pendidikan negara mengutamakan
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Abdul Aziz (2000) telah
menyatakan bahawa setiap perubahan akan
menjadi kenyataan atau tidak, adalah terpulang kepada peranan yang di mainkan
oleh guru yang memikul tanggungjawab tersebut. Menyebut guru sebagai pelaksana
perubahan tersebut maka sikap guru perlulah positif dalam segala hal dan
mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Menurut Zainal Abidin (1999) pula, guru
perlu peka dengan sebarang perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan
bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih demi meningkatkan
mutu perkhidmatan. Guru juga perlu peka dan bertindak mengikut perkembangan
semasa supaya perubahan tidak membawa padah yang buruk.
Berikut adalah beberapa
cadangan yang mungkin boleh merealisasikan integrasi pendidikan ICT disekolah.
Contohnya:
a)
Mendapat
khidmat guru-guru berpengalaman
Bagi guru-guru yang kurang mahir dalam
mengendalikan alatan ICT maka di sini peranan guru yang berpengalaman adalah
diperlukan. Selain dari memberi bimbingan dan panduan mengendalikan ICT ,
motivasi dan galakan dari rakan guru yang berpengalaman perlu untuk guru yang
baru mencuba cara pembelajaran ICT. Disamping itu guru yang ingin mencuba
pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT juga perlu menambah ilmu berkaitan
ICT dari semasa ke semasa.
b)
Menghadiri
kursus IT jika berpeluang
Seharusnya guru yang mempunyai pengalaman yang
cetek dalam bidang ICT perlu menghadiri kursus ICT yang diadakan bagi menimba
ilmu dan mendalami bidang IT. Kemahiran yang diperolehi dari kursus akan
membantu dalam mengendali alat ICT sebelum pengajaran dan pembelajaran.
c)
Kemudahan
mencukupi
Pihak sekolah seharusnya menyediakan kemudahan
ICT yang mencukupi bagi memberi peluang guru mengajar menggunakan komputer, LCD
dan internet jika diperlukan. Sokongan dari pihak sekolah dalam menyediakan
keperluan ini akan meningkatkan motivasi cikgu itu untuk mengajar menggunakan
ICT.
d)
Peruntukan
masa yang mencukupi
Mengajar menggunakan ICT memerlukan masa yang
mencukupi. Iaitu masa yang diguna untuk menyediakan alatan IT sebelum
pengajaran. Guru juga perlu lebih bijak dan mengendalikan masa dengan betul.
e)
Sikap
pelajar
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan ICT guru perlu memberi galakan kepada pelajar. Pelajar seharusnya
mengubah sikap mereka terhadap penerimaan pembelajaran dalam bentuk ICT.
Untuk mengintegrasikan pembelajaran dan
pengajaran ICT ini memerlukan sokongan dari semua pihak sama ada pelajar, guru
mahupun pihak pentadbir sekolah. Justeru itu kerajaan perlu mengambil langkah
memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas.
Guru yang berpengalaman sepatutnya memberi latihan Dalam Perkhidmatan (LDP),
taklimat khas atau pun “hands on” penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Mengintegrasikan ICT di bilik darjah merupakan cabaran
kemanusiaan berbanding mengatasi cabaran teknologi seperti peralatan dan
kemudahan ICT. Pada asasnya, cabaran bukan hanya berkaitan dengan membantu guru
mengoperasi alat teknologi, tetapi membantu guru-guru memperolehi pengetahuan
dan kemahiran tentang ICT. Sebenarnya ruang lingkup penggunaan ICT di sekolah
bukan saja semasa mengajar malah dalam hal pengurusan, pemarkahan, penyimpanan
data dan urusan-urusan lain sekolah. Penggunaan ICT dalam pendidikan perlu
dianggap sebagai satu alat untuk menyampaikan isi kandung matapelajaran bukan
alat bagi mengantikan peranan guru dalam mendidik pelajar.
Ada suara-suara sinis menyatakan bahawa peranan
guru telah diambil alih oleh kecanggihan teknologi ICT berupaya menyediakan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih canggih dan menyeronokkan, ia
adalah salah. Kita tidak boleh menolak bahawa proses pembelajaran memerlukan
interaksi sesama manusia. Peranan guru sebagai pendidik, pendorong dan pemberi
motivasi tidak dapat diambil alih oleh teknologi. Penggunaan ICT dalam
pendidikan berupaya meningkatkan potensi diri seseorang pelajar itu dalam
pembelajaran terutama bagi mata pelajaran sains. Diharapkan sama ada kerajaan mahupun pihak swasta dapat berganding bahu bagi menghasilkan suatu dan pelan
tindakan bagi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah.
Sejajar dengan harapan dan perancangan
kerajaan, dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), usaha ke arah
memperhebatkan lagi dasar membangun dan memajukan ICT di beri keutamaan bagi
mencapai matlamat berikut :
- Menjadikan Malaysia sebagai pusat ICT dan Multimedia di peringkat global.
- Menaikkan taraf dan menambah infrastuktur komunikasi untuk meningkatkan kebolehcapaian di seluruh Negara dengan tujuan merapatkan jurang digital.
- Meningkatkan pembangunan sumber manusia dalam bidang ICT bagi menambah bekalan tenaga manusia yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan.
- Menggalakkan e-dagang dan meningkatkan penggunaannya bagi membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global
- Meluaskan pelaksanaan aplikasi perdana MSC bagi meningkatkan lagi momentum pembangunan MSC.
- Memupuk pembentukan kumpulan kritikal PKS yang berasaskan ICT
Oleh
yang demikian ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan
pengurusan pendidikan di Negara-negara membangun seperti Malaysia. Dengan
berbekalkan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam ICT maka suatu hari
nanti mereka boleh memacu Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan
kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat.
Revolusi yang berlaku dalam teknologi maklumat ini memberi cabaran baru kepada profesion
perguruan. Ia menuntut supaya semua guru mempersiapkan diri melengkapkan ilmu
ICT dan bersedia mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
memenuhi wawasan 2020.