Sunday, 11 May 2014

Apakah cabaran bagi mengintegrasikan ICT di dalam pengajaran dan Pembelajaran di sekolah seluruh Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020.

Nama:  Hamimah Bt Hj Rajus
No Matrik: D056214

Subjek: SSI3013

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. ICT sesuai diadaptasi untuk pembelajaran di dalam kelas. ICT mempunyai kaitan dengan penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Sebenarnya kewujudan rangkaian teknologi maklumat yang begitu pesat sekarang telah memberi banyak kelebihan dan menjadikan urusan harian manusia semakin mudah. 
Teknologi Maklumat (Information Technology)  adalah teknologi yang di perlukan untuk memperolehi data atau memproses data serta maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan maklumat adalah lebih tepat. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat, menggunakan perantaraan teknologi tanpa had dan tiada batasan. Seperti yang kita ketahui bahawa teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, faks, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Iaitu digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contohnya dengan menggunakan komputer ianya boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan pergerakan. Kedua adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga digunakan untuk berkomunikasi iaitu mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
            “Teknologi Maklumat” adalah istilah yang muncul sekitar dekat 1970-an. Namun pada abad ke-20, kepesatan industri elektronik dan sektor perkomputeran menyebabkan bidang ICT ini berkembang pesat. Pada waktu itu banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta pembaharuan dalam bidang jentera dan perkomputeran. Komputer komersial yang pertama ialah UNIVAC I yang di cipta oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Namun pada akhir dekad 1970-an penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, penggunaan komputer kian berkembang. Pada waktu itu penggunaan komputer hanya menjurus kepada penyampaian maklumat, penyimpanan data dan pemprosesan data. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, untuk memperolehi maklumat, menyampai maklumat, menyimpan maklumat dan menyebarkan maklumat. Kita lihat pada masa sekarang ia menjadi satu medium penting untuk masyarakat berkomunikasi, bersosial dan tidak terhad kepada penggunaan rasmi sahaja. Generasi Y sekarang menjadikan ICT sebagai satu cara untuk berkominikasi, mengeratkan persahabatan dan berkongsi maklumat dengan rakan dari seluruh dunia. Laudon (1997) menyatakan bahawa ICT membantu menguruskan pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan global dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu masyarakat sekarang mengurus sekolah supaya berfungsi dengan lebih cekap, mudah, berkesan dan cepat dalam menyampaikan maklumat, kerja seperti pendaftaran, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, hal berkaitan dengan peperiksaan. Sebenarnya penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran telah lama dijalankan di sekolah. Sejak PPSMI diperkenalkan ianya menjadi satu trend untuk menyampaikan ilmu di mana-mana sekolah kerana perisian pengajaran dan pembelajaran disediakan bagi memudahkan guru mengajar.
            Namun setiap perancangan yang diwujudkan pasti ada rintangannya. Begitu juga dalam mengintegrasikan ICT ini dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Malaysia adalah sebuah Negara yang membangun, oleh itu banyak yang perlu diambil kira apabila satu-satu dasar perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah. Contohnya peruntukkan, tenaga pengajar yang mahir dalam teknologi maklumat, persediaan mental pelajar menerima pembaharuan dan juga penerimaan masyarakat.  Pendidikan, institusi sekolah dan profesion perguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang teknologi maklumat (ICT). Walaupun terdapat kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam pendidikan, namun demi menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat maka kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan kemudahan ICT ini perlu segera dilaksanakan.  
Antara faktor kekangan dan cabaran guru menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:
a)      Kekurangan masa
Kadang kala seseorang guru memerlukan masa yang banyak untuk membuat persediaan mengajar dalam bentuk ICT atau perisian komputer. Guru perlu menyediakan persediaan dalam bentuk perisian komputer ini di luar waktu kelas.

b)      Faktor kekurangan bahan sumber
Kekurangan alat kelengkapan ICT. Justeru itu, kekurangan alat ICT akan menimbulkan masalah kepada guru contohnya alatan yang tidak canggih dan tidak lengkap. Dan ini akan menyebabkan guru kurang minat untuk mengajar menggunakan alatan pengajaran yang melibatkan ICT ini.

c)      Kekurangan panduan
Dalam penggunaan alatan ICT, ada panduan tertentu cara mengguna alatan tersebut. Oleh kerana ada dikalangan guru yang tidak ada panduan menggunakan alatan ini menyebabkan mereka tidak berminat menggunakan alatan ICT ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

d)     Kekurangan bimbingan dan dorongan
Terdapat guru yang kurang memahami cara penggunaan alat ICT. Cara mengendali alatan seperti LCD, Komputer Riba dan perisian pengajaran mempunyai cara tertentu dan kekurangan panduan menggunakan  alat ICT ini telah membunuh minat guru dalam menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran harian mereka.
e)      Tiada ketetapan Kurikulum yang khusus
Kurikulum yang ada sekarang tidak menetapkan penggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ada guru yang berminat menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran namun mereka serba salah menggunakan ICT kerana takut ia bercanggah dengan kurikulum yang sedia ada.

f)       Faktor kurang sokongan daripada pihak atasan
Sebenarnya sokongan dari pihak atasan adalah perlu dalam melaksanakan dasar pengajaran dan pembelajaran ICT ini. Jika pihak atasan bersikap lepas tangan dan kurang menyokong penggunaan ICT di dalam kelas ini akan mematikan semangat guru untuk mengajar dalam ICT di sekolah. Sepatutnya guru perlu digalak menggunakan ICT dalam pengajarandan pembelajaran supaya guru meningkatkan pengaplikasikan ICT dalam prose’s pengajarandan pembelajaran di dalam kelas.

g)      Kekurangan latihan dan bantuan teknikal.
Bukan semua penggunaan ICT adalah lancar dan senang tanpa masalah yang berkaitan dengan aplikasi ICT, disebabkan itu latihan dan bantuan teknikal tidak mendapat kedudukan yang tinggi bagi mengurangkan segala masalah masalah yang dihadapi jika berlakunya kerosakan kepada system komputer. Latihan kepakaran ICT ini hanya akan diberi kepada guru-guru tertentu sahaja contohnya guru data atau guru yang mengajar di makmal komputer di sekolah.

h)      Guru kurang pengetahuan dan kemahiran bersabit komputer
Guru yang menggunakan pengaplikasikan ICT ini bukanlah semuanya mempunyai  kemahiran dengan penggunaan komputer, malah guru kadang-kadang bukannya mengambil subjek yang khusus mengenai kemahiran kompter. Oleh itu kemahiran mereka dalam ICT adalah terhad dan terbatas.

i)        Kegagalan menyediakan bilangan komputer yang mencukupi.
Sebenarnya untuk melaksanakan pembelajaran ICT ia memerlukan bilik khas dan ini memberi kekangan kepada pihak sekolah kerana kekurangan bilik khas untuk para guru mengajar dengan menggunakan LCD dan komputer. Biasanya fenomena ini berlaku kepada pihak sekolah di luar bandar yang mana mereka tiada bilik khas yang mencukupi. Jadi ini akan merumitkan keadaan guru yang ingin menggunakan kemudahan komputer sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan percubaan dalam pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Setelah melihat beberapa faktor yang menyebabkan aplikasi pembelajaran dan pengajaran ICT di sekolah terbantut, maka beberapa langkah tertentu perlu diambil supaya negara kita seiring dengan perkembangan ICT dunia semasa. Seharusnya Malaysia jangan ketinggalan dalam menerapkan aplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan dan sistem pendidikan di sekolah. Ini adalah kerana ICT telah diguna secara meluas dalam aspek ekonomi, sosial, pentadbiran dan semestinya dalam pendidikan. Tidak dapat tidak  warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar denan perkembangan semasa. Maksud integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan bahawa manfaat yang diperolehi daripada ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:
a) guru berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
b) pelajar yang terdiri daripada pelbagai keupayaan dapat diberikan peluang pembelajaran yang sama rata
c)  menambahkan keyakinan murid.
d)  mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan mencabar
e)  meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar
f)  murid-murid dapat belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum
g)  dapat meningkatkan kemahiran ICT dikalangan murid



Oleh itu kita perlu lihat beberapa langkah yang mungkin boleh diambil untuk mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran ICT di sekolah. Penggunaan Teknologi di sekolah hendaklah digabung jalin bersama pedagogi tertentu. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan membawa kepada kaedah-kaedah baru yang inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Holmes (1999) memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dan kaedah pengajaran seharian. Mempelajari bagaimana cara menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 2001, Kementerian Pendidikan telah mengemukakan tiga dasar penting berkaitan penggunaan ICT iaitu melestarikan ICT kepada semua pelajar, memberi keutamaan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum serta alat pengajaran dan pembelajaran dan menggunakan ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan. Dasar ini menuntukkan sistem pendidikan negara mengutamakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Abdul Aziz (2000) telah menyatakan bahawa setiap  perubahan akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah terpulang kepada peranan yang di mainkan oleh guru yang memikul tanggungjawab tersebut. Menyebut guru sebagai pelaksana perubahan tersebut maka sikap guru perlulah positif dalam segala hal dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Menurut Zainal Abidin (1999) pula, guru perlu peka dengan sebarang perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan bersedia menerima perubahan menggunakan peralatan canggih demi meningkatkan mutu perkhidmatan. Guru juga perlu peka dan bertindak mengikut perkembangan semasa supaya perubahan tidak membawa padah yang buruk.
Berikut adalah beberapa cadangan yang mungkin boleh merealisasikan integrasi pendidikan ICT disekolah. Contohnya:
a)      Mendapat khidmat guru-guru berpengalaman
Bagi guru-guru yang kurang mahir dalam mengendalikan alatan ICT maka di sini peranan guru yang berpengalaman adalah diperlukan. Selain dari memberi bimbingan dan panduan mengendalikan ICT , motivasi dan galakan dari rakan guru yang berpengalaman perlu untuk guru yang baru mencuba cara pembelajaran ICT. Disamping itu guru yang ingin mencuba pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT juga perlu menambah ilmu berkaitan ICT dari semasa ke semasa.

b)      Menghadiri kursus IT jika berpeluang
Seharusnya guru yang mempunyai pengalaman yang cetek dalam bidang ICT perlu menghadiri kursus ICT yang diadakan bagi menimba ilmu dan mendalami bidang IT. Kemahiran yang diperolehi dari kursus akan membantu dalam mengendali alat ICT sebelum pengajaran dan pembelajaran.

c)      Kemudahan mencukupi
Pihak sekolah seharusnya menyediakan kemudahan ICT yang mencukupi bagi memberi peluang guru mengajar menggunakan komputer, LCD dan internet jika diperlukan. Sokongan dari pihak sekolah dalam menyediakan keperluan ini akan meningkatkan motivasi cikgu itu untuk mengajar menggunakan ICT.

d)     Peruntukan masa yang mencukupi
Mengajar menggunakan ICT memerlukan masa yang mencukupi. Iaitu masa yang diguna untuk menyediakan alatan IT sebelum pengajaran. Guru juga perlu lebih bijak dan mengendalikan masa dengan betul.

e)      Sikap pelajar
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT guru perlu memberi galakan kepada pelajar. Pelajar seharusnya mengubah sikap mereka terhadap penerimaan pembelajaran dalam bentuk ICT.

Untuk mengintegrasikan pembelajaran dan pengajaran ICT ini memerlukan sokongan dari semua pihak sama ada pelajar, guru mahupun pihak pentadbir sekolah. Justeru itu kerajaan perlu mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas. Guru yang berpengalaman sepatutnya memberi latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), taklimat khas atau pun “hands on” penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengintegrasikan ICT di bilik darjah merupakan cabaran kemanusiaan berbanding mengatasi cabaran teknologi seperti peralatan dan kemudahan ICT. Pada asasnya, cabaran bukan hanya berkaitan dengan membantu guru mengoperasi alat teknologi, tetapi membantu guru-guru memperolehi pengetahuan dan kemahiran tentang ICT. Sebenarnya ruang lingkup penggunaan ICT di sekolah bukan saja semasa mengajar malah dalam hal pengurusan, pemarkahan, penyimpanan data dan urusan-urusan lain sekolah. Penggunaan ICT dalam pendidikan perlu dianggap sebagai satu alat untuk menyampaikan isi kandung matapelajaran bukan alat bagi mengantikan peranan guru dalam mendidik pelajar.
Ada suara-suara sinis menyatakan bahawa peranan guru telah diambil alih oleh kecanggihan teknologi ICT berupaya menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih canggih dan menyeronokkan, ia adalah salah. Kita tidak boleh menolak bahawa proses pembelajaran memerlukan interaksi sesama manusia. Peranan guru sebagai pendidik, pendorong dan pemberi motivasi tidak dapat diambil alih oleh teknologi. Penggunaan ICT dalam pendidikan berupaya meningkatkan potensi diri seseorang pelajar itu dalam pembelajaran terutama bagi mata pelajaran sains. Diharapkan sama ada kerajaan mahupun pihak swasta dapat berganding bahu bagi menghasilkan suatu dan pelan tindakan bagi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah.
 Sejajar dengan harapan dan perancangan kerajaan, dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005), usaha ke arah memperhebatkan lagi dasar membangun dan memajukan ICT di beri keutamaan bagi mencapai matlamat berikut :
  • Menjadikan Malaysia sebagai pusat ICT dan Multimedia di peringkat global.
  • Menaikkan taraf dan menambah infrastuktur komunikasi untuk meningkatkan kebolehcapaian di seluruh Negara dengan tujuan merapatkan jurang digital.
  • Meningkatkan pembangunan sumber manusia dalam bidang ICT bagi menambah bekalan tenaga manusia yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan.
  • Menggalakkan e-dagang dan meningkatkan penggunaannya bagi membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global
  • Meluaskan pelaksanaan aplikasi perdana MSC bagi meningkatkan lagi momentum pembangunan MSC.
  • Memupuk pembentukan kumpulan kritikal PKS yang berasaskan ICT


            Oleh yang demikian ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di Negara-negara membangun seperti Malaysia. Dengan berbekalkan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam ICT maka suatu hari nanti mereka boleh memacu Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat. Revolusi yang berlaku dalam teknologi maklumat ini memberi cabaran baru kepada profesion perguruan. Ia menuntut supaya semua guru mempersiapkan diri melengkapkan ilmu ICT dan bersedia mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memenuhi wawasan 2020.


Saturday, 10 May 2014

SIMULATION IN TEACHING AND LEARNING (STELLA)

(For best effect use internet explorer as your browser)
Objectives :
  1. To understand how simulation can integrate in teaching and learning.
  2. To differentiate between the theory and simulation in teaching and learning.
  3. To understand the concept of photosynthesis


Introduction :
Simulation is an operation of model, which is representation of that system. It is amenable to manipulation which would be impossible, too expensive, too impractical to perform on the systems which is potrays. There are some reasons teaching by using simulations. First, it can promotes the deep learning that can empower understanding as supposed to surface learning.
In deep learning, students can learn the scientific method including the importance of model building that use instructional simulations and gives students concrete formats of what it means to think like a scientist and do scientific work. Besides, students can know the relationships among variables in a model. Simulations help the students to understand more.
By using simulations, it can help the students on how to use a model to predict outcomes, where it can help the students understand that scientific knowledge rests on the foundation of testable hypothesis. By using simulation, we can conduct the experiment more easier and faster. Besides, we can get the results as soon as possible, because of the information that have been provided. So, students will be more understand as they can change the variables as they want and this can help the students to save their time and understand the theory.

Title : Photosynthesis
Objective :   An Overview of Photosynthesis
  Photosynthesis converts light energy into the chemical energy of sugars and other organic compounds.  This process consists of a series of chemical reactions that require carbon dioxide (CO2) and water (H2O) and store chemical energy in the form of sugar.  Light energy from light drives the reactions.  Oxygen (O2) is a by product of photosynthesis and is released into the atmosphere.  The following equation summarizes photosynthesis:
  6 CO2 + 6 H2O → 6(CH2O) + 6 O2
  Photosynthesis transfers electrons from water to energy-poor CO2 molecules, forming energy-rich sugar molecules.  This electron transfer is an example of an oxidation-reduction process: the water is oxidized (loses electrons) and the CO2 is reduced (gains electrons).  Photosynthesis uses light energy to drive the electrons from water to their more energetic states in the sugar products, thus converting solar energy into chemical energy. 
Photosynthesis:


In the light reactions of photosynthesis, light energy excites electrons in plant pigments such as chlorophyll, and boosts them to a higher energy level. These high-energy electrons reduce compounds (electron acceptors) in the thylakoid membrane, and the energy is eventually captured in the chemical bonds of NADPH and ATP.

Using DPIP As an Electron Acceptor
In this activity you will measure the rate of electron excitation when light hits chlorophyll. You will use DPIP, a blue compound, as an electron acceptor. The thylakoid membranes of the chloroplasts are mechanically disrupted so that the natural electron transport chain no longer functions normally.
    When light strikes the chloroplasts, the DPIP is reduced by the excited electrons from chlorophyll, and it changes from its original blue colour to colourless as it accepts the electrons. You will use a spectrophotometer to measure the colour change, which gives an indication of the rate of the light reactions of photosynthesis under various conditions.

Experiment: The Effect of Light Levels on the
Rate of Photosynthesis
Experimental Question:  How does the amount of
light affect the rate of photosynthesis?
  The amount of light affects the process of photosynthesis because the plant uses the sun for food so it can eat it’s own food.
Prediction:  How do you think the amount of light
will affect the rate of photosynthesis?
  If the plant eats the food (sunlight energy)  then it has energy to create oxygen, because it needs the sun to survive.

Variables:
  Independent variable (the variable you are changing): The color of the light.
  Dependent variable  (the data you are measuring): We are measuring the amount of oxygen bubbles it is producing.

Procedure:
  1.              Set the Light Colour to  Colourless 
  2.              Set the CO2 level to 6.0
  3.              Run the simulation using the different levels of light, and record your data in the table  below.
Conclusion:  Was your hypothesis correct? 
Answer: Yes because are hypothesis said that the
more light the more oxygen bubbles.
Which level of light makes photosynthesis happen
the fastest
Answer: 10.0

Which level of light makes photosynthesis happen
the slowest?


Wednesday, 22 January 2014

Eksperimen : Penyiasatan saintifik ke atas ayunan bandul           

Mengenal pasti masalah ;

Bagaimanakah kadar ayunan sebuah bandul berubah apabila panjangnya berubah?
Adakah semakin panjang benang bandul maka semakin lama masa untuk satu ayunan ?

Merancang eksperimen

Radas dan bahan ; ladung, benang, kaki retort, pembaris dan jam randik.

Pemboleh ubah dimanipulasikan : Panjang bandul

Pemboleh ubah bergerak balas : masa yang di ambil oleh bandul untuk membuat
                                                   10 ayunan lengkap
Pemboleh ubah di malarkan : saiz ladung

                                                     














Prosedur :

1.     Sediakan satu bandul ringkas yang panjangnya 20cm.
2.     Tentukan masa yang di ambil oleh bandul itu untuk membuat 10 ayunan lengkap. Ulang langkah ini untuk mendapat bacaan kedua
3.     Ulang langkah 1 dan 2 menggunakan bandul dengan panjang yang berlainan: 30 cm, 40cm, 50cm, 60cm.


Mengumpul data

Keputusan  :



Panjang bandul (cm)
                  
              Masa untuk 10 ayunan lengkap

Bacaan 1

Bacaan 2
Purata
20cm



30cm



40cm



50cm



60cm








Menganalisis dan mentafsir data :

Apakah hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan (panjang bandul)
dengan pemboleh ubah bergerak balas (masa untuk 10 ayunan lengkap) ?


Kesimpulan

Semakin panjang benang bandul semakin lama masa di ambil untuk satu ayunan lengkap, semakin pendek benang bandul semakin cepat masa di ambil untuk satu ayunan lengkap.

Cabaran Penggunaan ICT Dalam Sistem Pendidikan

Isi Kandungan            Muka Surat

1.0 Pengenalan ………………………………………………………………………...….1
2.0 Cabaran Dalam Penggunaan ICT Dalam Sistem Pendidikan……………...……3
2.1.1     Kemahiran Guru Dalam Penggunaan ICT..................................3
2.1.2     Suntikan Modal Daripada Pihak KerajaaN..................................4
2.1.3     Jurang Teknologi Antara Bandar Dan Luar Bandar...................6         
2.1.4     Kelengkapan ICT Yang Lapuk....................................................7
2.1.5     Persepsi Guru Terhadap Bahan ICT...........................................8
2.1.6     Tidak Dapat Menerima Akan Perubahan Terhadap Gaya ........8
2.1.7     Masa Dan Beban Tugas Guru.....................................................9
2.1.8     2.1..8Penyalahgunaan Keperluan ICT Di Sekolah....................10

3.0 Kesimpulan10
Sumber Rujukan












1.0  PENGENALAN

Dalam era globalisasi ini pendidikan merupakan salah satu gadaian untuk seseorang individu di dalam negara ini untuk melayakkan diri untuk ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Kelayakkan ini dilihat melalui pencapaian yang di perolehi semasa pembelajaran dilakukan. Namun begitu kelayakkan ini bukan hanya diukur melalui pencapaian malah dilihat melalui kecekapan ICT seseorang individu tersebut. Individu yang mempunyai kemahiran dalam penggunaan ICT mestilah lebih berkelayakkan untuk memperolehi penghargaan semasa aktiviti pembelajaran dilakukan.

Kepesatan pembangunan di Malaysia dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan pendidikan di peringkat Asia bukan lagi salah satu angan-angan kosong. Kepesatan globalisasi dan perkembangan teknologi telah memberi tekanan dalam sistem pendidikan yang mendesak agar beberapa perubahan dilakukan dalam sistem pendidikan tersebut. Perubahan dalam sistem pendidikan dimana sistem pendidikan di negara ini lebih menitikberatkan dalam penggunaan ICT dalam aktiviti pembelajaran adalah salah satu kelebihan dimana dapat meningkatkan semangat para pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam suasana yang menarik.

Keadaan teknologi yang begitu canggih pada masa sekarang dapat menyediakan para pelajar terhadap cabaran dunia luar dan menyediakan mereka untuk keluar dan membawa diri dalam persekitaran pekerjaan. Penggunaan ICT ini juga dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi para pelajar untuk terus meningkatkan kemahiran diri sekaligus dapat mendapat ilmu yang memberi manfaat kepada mereka. Keadaan ini sekaligus menwujudkan persekitaran yang saling bersaing antara mereka demi mencapai tahap kemahiran ICT yang terbaik daripada kalangan yang terbaik. Perkara ini juga adalah salah satu kelebihan kepada para pelajar khasnya para pelajar Sekolah Menengah untuk menyiapkan diri ke dalam dunia pendidikan yang lebih tinggi sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Penggunaan ICT ini dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dimana membolehkan proses penyampaian maklumat daripada guru dapat dipermudahkan dan mudah untuk diterima oleh para pelajar tersebut. Penggunaan alatan seperti komputer dan perisian ini sebenarnya lebih padat dan mudah untuk memastikan sesuatu maklumat tersebut diperolehi dan disebar. Keadaan ini mungkin akan menarik minat para pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran tanpa wujudnya perasaan jemu dalam kalangan mereka.

Namun begitu, Malaysia merupakan salah satu negara yang menitikberatkan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan akan tetapi dalam aktiviti perlaksaannya masih dalam peringkat yang belum memuaskan. Keadaan ini kerana terdapat beberapa cabaran dan kekangan yang  berlaku dalam perlaksaan pengunaan ICT tersebut dalam sistem pendidikan tersebut.

2.0      CABARAN DALAM PENGGUNAAN ICT DALAM SISTEM PENDIDIKAN

2.1.1   Kemahiran Guru Dalam Penggunaan ICT.

Pada masa kini kesediaan para guru dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pembimbing adalah berat. Hal ini kerana para guru bukan hanya mengajar secara formal malah pakar dalam penggunaaan ICT. Namun begitu dalam kesediaan para guru tersebut terdapat juga halangan dimana para guru ketinggalan daripada arus kemodenan dunia ICT pada masa sekarang. Perkara ini adalah berbeza dengan apa yang berlaku di negara Barat di mana guru-guru dinegara tersebut terlatih dan cekap. Menurut Fisher (2003) di negara Barat peningkatan pengintegrasian ICT dalam bilik darjah amat memberangsangkan sejak tiga puluh tahun yang lalu. Perkara ini menunjukkan bahawa guru-guru yang ada di negara Barat adalah jauh lebih berkemahiran daripada negara kita.

Dalam suasana moden yang dilengkapi dengan sistem canggih ini para guru yang tidak terlatih tidak akan memilih untuk mengajar dengan menggunakan alatan ICT yang lebih menarik minat para pelajar dalam aktiviti pembelajaran.perkara ini adalah amat merugikan para pelajar dimana mereka tidak menikmati akan kemajuan ICT ekoran daripada tahap penguasaan guru terhadap penggunaan ICT rendah. Hal ini akan menyebabkan kerugian bagi pihak yang menyalurkan bantuan dan pemberian aset seperti komputer jika tidak diguna pakai secara menyeluruh. Namun begitu terdapat beberapa langkah yang telah di ambil oleh pihak kementerian pendidikan dimana para guru telah dihantar untuk kursus ICT dan penggunaan. Pihak kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program khas yang telah dijalankan. Program tersebut mengandungi taklimat khas cara penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar oleh tenaga pelajar yang terlatih. Guru-guru yang dipilih ini akan didedahkan dengan Microsoft Word, Microsoft Excel dan sebagainya.  Kursus-kursus seperti ini memakan belanja yang besar untuk dilaksanakan oleh itu pihak kerajaan menyarankan agar para guru peka akan penggunaan ICT. Hasil daripada kursus yang telah diadakan mungkin meningkatkan kemahiran para guru namun dari segi perlaksanaan yang dilakukan oleh guru tersebut dalam jumlah yang tidak memberangsangkan.

Selain itu sikap sebahagian daripada guru masih didapati kurang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran di sekolah. Semua sekolah perlu menyalurkan portal bagi membolehkan guru akses kepada portal untuk menyimpan bahan pengajaran dan maklumat yang berkaitan. Di samping itu, semua bentuk latihan dalam bidang ICT perlu diperkukuhkan bagi mengatasi masalah mejoriti guru yang masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional dan kurang menggunakan kemudahan ICT. Perkara ini menjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakan kemudahan dan kepakaran ICT yang mencukupi di pusat sumber pendidikan Negeri dan sebagainya.

2.1.2       Suntikan Modal Daripada Pihak Kerajaan

Dalam memastikan kelengkapan di setiap sekolah yang terdapat di negara ini memerlukan modal yang besar untuk melengkapkan sesebuah sekolah yang mempunyai kelengkapan atau alatan ICT dengan sepenuhnya. Perkara ini berkait rapat dengan bajet yang dikeluarkan oelh pihak kerajaan terhadap kementerian pendidikan. Modal yang kecil ini menyebabkan terdapat sekolah yang tercicir akan kelengkapan ICT mereka. Bukan sahaja kos untuk memperolehi alatan ICT tersebut besar, malah jarak dan darjah ketersampaian juga mempengaruhi dalam penyediaan alatan tersebut terhadap sekolah-sekolah tertentu.

Perkara ini boleh dilihat dimana sekolah-sekolah yang terdapat di bandar-bandar utama mempunyai kelengkapan ICT yang mencukupi berbanding sekolah yang terdapat di luar bandar. Perkara ini memang jelas berlaku di Malaysia kerana dengan adanya perkhidmatan pengangkutan, perhubungan, komunikasi yang terdapat di bandar adalah lengkap dan memudahkan untuk menyediakan kelengkapan ICT tersebut berbanding dengan sekolah yang terdapat di bandar. Hal ini adalah berkaitan dengan kos-kos seperti pengangkutan yang lebih murah jika dibandingkan dengan kos-kos pengangkutan untuk memenuhi keperluan ICT disekolah yang terdapat di luar bandar.

Proses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan bahan pengajaran dan pembelajaran hanya tinggal sebagai kemahuan saja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu, guru-guru kerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan perkataan. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran.




2.1.3     Jurang Teknologi Antara Bandar Dan Luar Bandar

Dalam era globalisasi ini peningkatan tingkat teknologi yang berlaku di oersekitaran adalah semakin tinggi. Hal ini kerana dengan adanya kemudahan internet memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan dunia luar. Potensi ICT sebagai alat yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin penting dan meningkat secara mendadak dalam sistem pendidikan di negara kita. Hal ini dapat dibuktikan dengan para pelajar pada masa kini lebih berminat dalam menggunakan ICT dimana mereka memilih untuk melayari internet dan mengakses maklumat yang terdapat dilaman internet. Perkara ini di perhebatkan lagi dengan kewujudan media-media sosial yang terdapat di internet seperti Facebook, Myspace, Friendster dan sebagainya. Hal ini merupakan salah satu trend dimana sebahagian daripada pelajar pada masa sekarang mempunyai media sosial tersendiri (Liaw Huang & Chen 2007).

Namun begitu dalam kepesatan teknologi ini terdapat juga sebahagian yang tercicir daripada jaringan berkenaan. Jaringan internet yang merupakan salah satu kemudahan asas kepada sebahagian masyarakat tidak dapat diperolehi oleh sebahgian masyarakat yang lain. Perkara ini adalah jelas berlaku di negara ini dimana masyarakat luar bandar kebanyakkan tercicir dalam arus pemodenan ini. Perkara ini berlaku kerana faktor persekitaran yang terdapat di kawasan luar bandar itu sendiri. Persekitaran yang tidak lengkap dengan kemudahan jalan raya, kemudahan elektrik, kemudahan air yang terdapat di luar bandar adalah salah satu cabaran dan masalah dalam penyediaan kemudahan ICT tersebut dikawasan luar bandar. Jarak dan darjah ketersampaian tinggi untuk berhubung ke kawasan luar bandar ini adalah salah satu punca menyebabkan kawasan tersebut tercicir daripada pemodenan tersebut. Sebagai contoh dikawasan pedalaman sabah dan Sarawak dimana kawasan seperti pedalaman tidak mempunyai kelengkapan komunikasi dan menyukarkan untuk menyediakan kawasan tersebut dengan kemudahan seperti internet.

Perkara ini menyebabkan penduduk yang berada diluar bandar sukar untuk menerima kelengkapan ICT tersebut. Ketiadaan kemahiran asas tersebut menyukarkan mereka untuk menyesuaikan diri dan berkemungkinan menghilangkan minat mereka untuk mengetahui perkara yang berkaitan dengan ICT berkenaan. Penggunaan ICT ini dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan boleh meluaskan perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Perkara ini berlaku kerana pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan  secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun perkara ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan ICT.

Dalam memastikan jurang berkenaan tidak terlalu besar pihak kerajaan telah menyalurkan bantuan dengan menyediakan komputer untuk kegunaan sekolah-sekolah di Malaysia yang bertujuan untuk mendidik anak-anak muda dengan kelengkapan ICT. Hal ini dapat merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi

2.1.4        Kelengkapan ICT Yang Lapuk

Malaysia yang merupakan negara yang status sedang membangun mempunyai tingkat ekonomi yang tersendiri setanding dengan negara-negara membangun yang lain. Dalam memastikan kemudahan ICT yang cukup dan terkini dengan rangkaian internet yang boleh didapati oleh semua peringkat organisasi pendidikan bagi memperluaskan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menyediakan kemudahan peralata yang terkini dan mencukupi kepada semua peringkat KPM ke arah mengukuhkan ICT dalam pendidikan.

Keadaan peralatan ICT yang usang juga menjadi masalah kepada peningkatan kemahiran pelajar dalam bidang ICT. Hal ini berlaku kerana dengan ketiadaan modal dan tiada semak semula yang dilakukan oleh pihak sekolah yang menyebabkan  beberapa sekolah tercicir daripada bekalan peralatan  ICT yang baru. Keadaan ini menyebabkan minat pelajar terhadap penggunaan ICT semakin berkurang. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya peralatan ICT tersebut seiring dengan peredaran masa. Sebagai contoh penggunaan mesin taip haruslah berubah kepada sistem berkomputer di mana sistem penyimpanan yang terdapat pada komputer adalah terbaik.

2.1.5        Persepsi Guru Terhadap Bahan ICT

Di Malaysia mempunyai ramai tenaga pengajar di mana setiap pengajar mempunyai kekuatan yang tersendiri. Namun begitu tidak semua para guru yang bersedia untuk membuat perubahan kerana yakin bahawa gaya pendidikan tradisional lebih memberi kesan dan impak yang memuaskan berbanding dengan penggunaan ICTdalam pendidikan. Hal ini disebabkan oleh sistem pelajaran yang ada di Malaysia hanya mementingkan keputusan peperiksaan sahaja. Perkara sebegini adalah salah satu perkara yang tidak relevan yang berlaku pada zaman moden ini. Dalam membentuk modal insane yang berdaya saing kemahiran-kemahiran seperti penggunaan ICT haruslah dipertingkatkan . para guru yang masih belum bersedia untuk menerima cabaran tersebut menyebabkan perlaksanaan ICT di sekolah-sekolah masih berkurang.

2.1.6        Tidak Dapat Menerima Akan Perubahan Terhadap Gaya Perguruan.

Pada zaman era globalisasi ini atas dasar rela atau tidak para guru hendaklah menerima akan perubahan yang berlaku dalam sistem pembelajaran yang ada. Hal ini kerana dengan adanya kemudahan berbentuk elektronik ini bukan memberi kesan yang negatif terhadap seseorang individu. Hal ini merupakan salah satu cabaran yang menyebabkan penggunaan ICT di sekolah-sekolah berkurang kerana takut akan perubahan yang berlaku. hal ini adalah berkaitan dengan jati diri seorang guru tersebut. Mental dan fizikal hendaklah selari dengan kemajuan yang dikecapi dan untuk menggalakkan penggunaan ICT ini ialah para guru hendaklah bersedia untuk menghadapi perubahan sekeliling

2.1.7   Masa Dan Beban Tugas Guru

Mengintegrasikan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru dalam membuat persediaan. Persediaan tersebut diperlukan termasuk dari aspek menyediakan bahan mengajar serta untuk persediaan bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 30 waktu seminggu, adalah sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar di sekolah dan juga untuk setup bahan mengajar di makmal komputer.

Guru-guru juga mempunyai beban tugas lain selain daripada mengajar yang akan mengambil masa semasa waktu persekolahan seperti guru jadual waktu, setiausaha peperiksaan, ketua-ketua panitia, selepas waktu persekolahan seperti sukan, aktiviti persatuan, mesyuarat-mesyuarat daerah, PIBG, kursus-kursus jangka panjang dan pendek. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk melakukan persediaan yang mantap terutama jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri, sebagai contoh jika guru perlu mendapatkan bahan dari internet dan untuk memilih bahan yang sesuai kadang-kadang mengambil masa berjam-jam. Penghasilan bahan pengajaran pembelajaran berasaskan kaedah bestari memerlukan masa yang lama kerana penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya bahan tersebut berupaya membolehkan pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya membuat penerokaan sendiri pada kadar kendiri dan mampu memajukan diri sendiri (self access, self pace and self excel).




2.1.8    Penyalahgunaan Keperluan ICT Di Sekolah.

Cabaran pada masa kini yang berlaku dalam penggunaan ICT ini ialah penyalahan keperlua n ICT di sekolah. Hal ini adalah berkaitan dengan terdapat daripada pengguna alatan ICT ini tidak menggunakan keperluan tersebut secara yang telah ditetapkan. Sebagai contoh ialah menggunakan keperluan tersebut untuk kepentingan peribadi. Penggunaan keperluan ICT ini secara tidak langsung boleh menjejaskan fokus mereka dalam mencapai objektif asal dalam penyediaan keperluan ICT ini di sekolah. Penyalahgunaan ini adalah seperti melayari laman web yang tiada berkaitan dengan pelajaran yang menyebabkan matlamat tersebut tidak tercapai.

Dalam pemasalahan ini adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah dalam menangani masalah tersebut. Pemantauan haruslah dilakukan agar perkara sedemikian tidak berlaku. Namun begitu dalam melakukan pemantauan ini akan memberi kenaikan tersendiri di mana dengan adanya pemantauan ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan menambah baik suasana pendidikan yang berlandaskan ICT pada masa kini.

3.0    PENUTUP

Integrasi ICT dalam P engajaran dan pembelajaran merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adalah usaha daripada semua pihak, diharapkan cabaran dan kekangan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat ditangani.

Hal ini adalah menjadi tanggungjawab semua pihak demi memastikan objektif utama dalam penyediaan keperluan ICT ini boleh dicapai. Namun begitu dalam usaha untuk ke arah berikut bukanlah mudah dan  bukanlah mustahil. Perkara ini memerlukan pengorbanan yang besar sama ada dari pihak sekolah ataupun sokongan daripada ibu bapa.
























RUJUKAN

Fisher R. (2003) ‘Unlocking Creativity’ Teaching Thinking, Autumn 2003 pp46-50.
Liaw, S.S., Huang, H.M. & Chen, G.D. (2007). Surveying instructor and learner attitudes toward e-learning. Journal of Computer and Education 49: 1066-1080.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). MySchool Net. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ting Kung Shiung & Woo Yoke Ling (2005). Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah teknik dan vokasional  Universiti Teknologi Mara
Rusmini Ku Ahmad (2003). Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran : Jurnal pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Genting Highlands. Institut Aminuddin Baki.